Isnin, 11 Mei 2009

ULASAN BUKU DOING ACTION RESEARCH ( A Guide For School Support Staff )

Tajuk : Doing Action Research ( A Guide For School Support Staff )
Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser.
Penerbit : PCP (Paul Chapman Publishing)
Tahun : 2006 ( ISBN 10 1-4129-1277-6 )

MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN: PANDUAN UNTUK KAKITANGAN SOKONGAN SEKOLAH

OLEH:
CLAIRE TAYLOR, MIN WILKIE DAN JUDITH BASER


PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN


Kajian

Setiap kajian boleh dilaksanakan di peringkat sekolah bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang berlaku. Setiap ahli akademik perlu melibatkan diri dalam menjalankan kajian kerana ia adalah rutin harian setiap hari di sekolah. Penggunaan internet untuk mencari sumber maklumat untuk projek baru kelas, mencerap kelakukan pelajar atau menganalisa penilaian pelajar merupakan aktiviti kajian. Oleh itu, kajian adalah untuk membantu mendapatkan maklumat secara sistematik dan menganalisa data yang diperolehi yang digunakan setiap masa dalam sesuatu organisasi bagi menyelesaikan masalah serta mendapat teori baru yang lebih praktikal.

Kajian yang dilakukan adalah untuk:

• Memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran
• Menghasilkan teori baru
• Membangunkan perkembangan kemahiran berfikir

Pelbagai pendekatan kajian yang digunakan untuk menjalankan projek kajian iaitu:

• Positivisme
• interpretivisme
• Kajian eksperimental
• Kajian kes
• Etnografi

Kajian tindakan

Kajian tindakan ialah kuasa yang boleh membawa kepada perubahan dan peningkatan di peringkat setempat. Kajian tindakan dapat dilakukan secara pratikal, kitaran dan menyelesaikan masalah secara langsung. Kajian yang dijalankan adalah proses kepada agen perubahan dan memberi kesan perubahan setempat. Cohen et al (2000), pendidikan banyak mempengaruhi perubahan seperti perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran, merubah tingkah laku pelajar, sikap dan sistem nilai serta meningkatkan pengurusan yang efisien di sekolah. Oleh itu, kaedah kajian tindakan yang digunakan dapat membentuk profesionalisme dan meningkatkan suasana persekitaran tempat kerja yang konduksif serta meningkatkan motivasi dan pemikiran yang positif.

Proses kitaran kajian tindakan memerlukan langkah-langkah seperti berikut:

• Perancangan
• Senarai untuk memilih fokus kajian tindakan
• Tindakan, pemerhatian dan refleksi

Konsep yang digunakan untuk menjalankan proses kajian tindakan adalah seperti berikut:

• Mengenal pasti kawasan untuk penyelidikan dan memerlukan perubahan (Kajian)
• Melakukan perubahan (Tindakan)
• Melihat kesan-kesan perubahan (Kajian)
• Mengubahsuai perubahan (Tindakan)
• Mengulangi!
• Membuat usaha yang berterusan untuk menghubungkan praktik dan refleksi

Cadangan menjalankan kajian tindakan hendaklah meliputi perkara berikut seperti:

• Konteks ( peranan dan bentuk)
• Rasional (kajian yang dijalankan)
• Bahan rujukan (tindakan membuat survei yang releven terhadap bahan rujukan dan kajian yang dilakukan sebelum ini untuk menyokong kajian yang hendak dijalankan)
• Mencadangkan tindakan, methodologi (kaedah kajian), pratikal, mengambil kira etika dan jangkaan hasil kajian.
• Plan tindakan

Langkah-langkah untuk fokus membuat kajian tindakan adalah seperti:

>>Idea umum

>>Persoalan (Kenapa minat?)

>>Meneliti bahan

>>Sumbang saran

>>Mengenal pasti soalan utama(untuk membuktikan idea sokongan terhadap isu yang dikaji)

>>Menimbangkan tindakan yang wujud – menggambarkan proses penyelesaian

>>Menimbangkan method (kaedah) yang sesuai untuk pengumpulan data dan sumbang saran isu yang dikaji

>>Menulis cadangan kajian tindakan dan menyertakan tempoh plan tindakan


MEMBUAT PENCARIAN BAHAN DAN ULASAN


Kajian tindakan yang dijalankan perlu mendapatkan maklumat bagi percambahan idea dan kaedah untuk memperolehi data yang digunakan semasa menjalankan kajian. Melalui pembacaan, pengkaji dapat menambahkan pengetahuan baru untuk mencari maklumat dan bahan rujukan.membuat pencarian bahan dan ulasan adalah amat penting digunakan dalam kajian untuk mendapatkan kaedah, istilah dan maklumat kajian.

Terdapat beberapa kemahiran membaca yang boleh digunakan oleh pengkaji untuk mencari maklumat adalah seperti:

• Membaca secara teliti / mengimbas
• Membaca dengan pantas
• Membaca untuk mencari maksud
• Membaca secara laju





Sumber bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian tindakan boleh diperolehi melalui:


• Perpustakaan
o Memperolehi bahan seperti buku, jurnal, database dan dokumentasi.
• Internet
o Memperolehi bahan seperti elektronik jurnal, database, senarai perbincangan (rangkaian komunikasi tentang topik yang spesifik), organisasi dan website.

PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjalankan kajian tindakan.


Aspek ini adalah untuk menimbangkan kesesuaian tindakan yang hendak dijalankan secara pratikal dan etika tentang masa, kos dan penilaian masalah.


Asas penilaian merupakan had pengumpulan data secara kebolehanpercayaan dan kesahan.


Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan (reliability) ialah ciri pengukur yang mampu menghasilkan jawapan dan nilai yang sama apabila fenomena variabel diukur.


Nilai pengukuran yang dihasilkan tidak selalu tepat sebagaimana nilai sebenar.

Sekiranya perbezaan antara nilai pengukuran dengan nilai sebenar kecil, maka alat atau pengukuran tersebut boleh dipercayai.

Jika perbezaannya lebih besar, alat tersebut tidak boleh digunakan digunaan dalam kajian.
Pengkaji perlu berusaha untuk mengurangkan kesilapan pengukuran bagi meningkatkan kebolehpercayaan.


Kesahan

Kesahan / kesahihan (validity) merupakan bentuk pengukuran yang tetap.

Kesahan pengukuran bermakna alat tersebut mengukur variabel yang tertentu sahaja.

Kesahan bukan mudah kerana pengkaji tidak semuanya mahir dengan konsep yang
dimaksudkan.


Kesahan alat pengukuran sukar dipastikan kerana variabel dibentuk mempunyai perkaitan dengan variabel lain.


INSTRUMEN KAJIAN

Peralatan kajian iaitu instrumen kajian yang diperlukan untuk mengumpul maklumat atau data.
Pemilihan instrumen kajian amat penting dalam kaedah atau metodologi kajian untuk digunakan dalam pengumpulan data.
Dalam kajian tindakan, pengkaji boleh memilih prosedur atau teknik serta instrumen yang sesuai dengan permasalahan kajian untuk menjalankan kajian.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan adalah:

Pemerhatian / tinjauan
Soal selidik / Kaji selidik
Temu bual / wawancara
Diari, Jurnal dan nota lapangan
Sumber dokumentasi
Alat pandang dengar (audio-visual)


PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang paling mudah dan cepat dilakukan.
Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.
Pengkaji boleh menggunakan spektrum pemerhatian untuk mendapatkan maklumat dalam kajian tindakan iaitu:


SPEKTRUM PEMERHATIAN

KUANTITATIF >> KUALITATIF
STRUKTUR >> PESERTA
POSITIVIS >> PENTAFSIRAN
DETASMEN LENGKAP >> PENEKANAN MAKSUD
MASA DAN USUL KAJIAN >> PENYERTAAN LENGKAP

Jenis pemerhatian yang digunakan iaitu:


1) Pemerhatian Berstruktur
2) Kenal pasti aspek yang dikehendaki
3) Rekod maklumat kenal pasti

Pemerhatian Tidak Berstruktur :


1) Tanpa berpandu
2) Penyelidik tentukan fokus pemerhatian
3) Pemerhatian Peserta
4) Kajian manusia dalam keadaan semulajadi
5) Penyelidik melihat kehidupan secara reality
6) Pemerhatian tentang jantina, kaum, budaya dan latar belakang sosial

Pemerhatian Bukan Peserta :


1) Lebih berstruktur
2) Emosional daripada situasi


Jadual pemerhatian dapat membantu pemerhatian dan analisa seperti berikut iaitu:

Senarai semak pemerhatian :



Fokus kajian :

-Hasil dapatan kajian

Soalan spesifik
-Menyenaraikan atau memahami situasi
-Mencuba kuantiti untuk memastikan sesuatu peristiwa
-Membuat perbandingan


Fokus pemerhatian


-Tingkah laku pelajar
-Perbualan pelajar
-Aktiviti guru
-Interaksi sosial


Merekod / mencatat


-Jadual
-Reka cipta
-Penggunaan pen dan kertas
-ICT
-Tape
-Video

Lokasi kajian


-Bilik darjah
-Luar bilik darjah
-Bilik guru

Masalah


-Menjangkakan seseuatu masalah

Maklumat tambahan

-Pemerhatian data hanya memadai
-Memerlukan bukti yang lain

Memproses data


-Data kuantitatif dan kualitatif
-Memproses dan menganalisa data dengan teknik yang sesuai

DAIRI, JURNAL DAN NOTA LAPANGAN

Kaedah dairi kajian juga dipanggil jurnal atau nota lapangan yang digunakan untuk merekod maklumat atau data yang diperoleh dengan cara pemerhatian dan mencatatkan peristiwa penting untuk mendapatkan maklumat kajian.
Dairi kajian boleh mengumpul maklumat penting seperti:
Data mentah yang diperoleh melalui pemerhatian tentang orang, persekitaran dan perbualan berserta tarikh dan masa adalah untuk mencatatkan peristiwa yang berlaku di lapangan.
Peringatan dan refleksi – maklumat penting dapat dicambahkan selepas menjalankan kajian.
Tanggapan dan tema – merekod analisa dan tafsiran.
Penglibatan data – proses kajian boleh diperoleh daripada jurnal atau log untuk mendapatkan maklumat atau peristiwa penting yang terjadi.


SUMBER DOKUMENTASI


Kajian tindakan memerlukan bahan dokumentasi untuk mendapatkan maklumat yang bercetak dan bertulis.
Terdapat pelbagai jenis bahan dokumentasi yang boleh diperoleh di sekolah seperti:
- Hasil kerja pelajar
- Analisis peperiksaan
- Rekod pelajar
- Minit mesyuarat
- Polisi sekolah
- Rekod kehadiran pelajar
- Prospektus
- Dokumen penyeliaan P&P

Bahan dokumentasi yang bukan penulisan juga boleh diperoleh di sekolah seperti:
Lukisan pelajar
Model P&P
gambar

SOAL SELIDIK

- Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal selidik dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden.
- Setelah diisi, borang tersebut perlu dikumpulkan semula untuk mendapatkan maklumat daripada responden.
- Soal selidik yang digunakan mestilah memenuhi objektif atau masalah yang dikaji.

- Panduan membina soal selidik seperti:

Soalan mesti jelas.
Soalan mesti ringkas.
Mengelakkan jargon dan kependekkan perkataan.
Pemilihan kata untuk panduan soalan untuk jawapan yang khusus.
Penggunaan bahasa yang sesuai untuk responden
Bahan yang digunakan untu semua responden tanpa mengira bangsa dan budaya.
Soalan mudah dijawab dan tidak mengelirukan
Soalan yang dikemukan dapat mengumpul maklumat yang dikehendaki setepat mungkin.

Terdapat dua jenis soalan iaitu:

Soalan terbuka

Memberi kebebasan kepada responden kemukakan pendapat
Menggunakan perkataan ‘apa’, ‘di mana’, ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’.
Memberi huraian lanjut soalan yang dikemukakan
Memberi maklumat yang lengkap tetapi sukar untuk dianalisis.

Soalan tertutup

Mempunyai pilihan jawapan
Jawapan telah ditentukan iaitu ‘ya’, ‘tidak’, ‘betul’ atau ‘salah’
Maklumat mudah untuk dianalisis
Susunan Mengikut Keutamaan


TEMU BUAL

- Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang.
-Kaedah ini amat sesuai untuk mengumpulkan maklumat atau data dengan menggunakan perakam suara.
- Pelajar yang ditemu bual akan dikemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.
- Temu bual boleh dibuat secara individu atau kumpulan.

- Jenis temu bual yang digunakan adalah seperti:
Berstruktur
Soalan disedia terlebih dahulu
Secara formal

Separa berstruktur
Soalan utama disediakan
Soalan lanjutan berdasar jawapan

Tidak Berstruktur
Tidak formal
Soalan terbuka


ALAT PANDANG DENGAR (AUDIO-VISUAL)

Penggunaan alat pandang dengar boleh membantu pengkaji untuk membuat pengumpulan data dengan lebih baik.
Pengkaji dapat merakamkan sesuatu peristiwa yang berlaku bagi mendapatkan sumber yang nyata dan realiti.
Alat pandang dengar yang digunakan iaitu:
Perakam suara
Video dan DVD
Kamera – photo
Televisyen

ETIKA KAJIAN

-Mendapatkan kebenaran pihak tertentu untuk menjalankan kajian tindakan.
-Memaklumkan kepada tempat kerja untuk menjalankan kajian yang dicadangkan.
-Memperolehi persetujuan daripada responden yang terlibat dan merahsiakan segala maklumat yang diberikan.
-Menimbangkan penggunaan garis panduan untuk kajian tindakan.

PERANCANGAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN


APA?
-Tindakan
-Kurikulum
-Bukan isu kurikulum
-Merentasi kurikulum


BAGAIMANA?
-Strategi kajian
-Bahan kajian

BILA?
-Tindakan harian
-Tindakan mingguan
-Waktu yang berbeza / sama

DI MANA?
-Bilik darjah
-Luar bilik darjah
-Bilik khas untuk temuduga

SIAPA?
-Pelajar
-Dewasa (mengambil bahagian dalam kajian)

SUMBER?
-Soal selidik
-Jadual
-Persediaaan awal
-Penggunaan ICT, alat rakaman, gambar, video

MEREKOD?
-Nota – di mana, bila, berapa banyak butiran?
-Pemerhatian – kekerapan, perincian, tingkah laku tanpa lisan.
-Analisa soal selidik dan temu bual

KEBENARAN?
-Ibu bapa / penjaga
-Pengurus atasan (Guru besar / Pengetua)
-Polisi sekolah
-Panduan etika

STRUKTUR?
-Tindakan melengkapkan bahan untuk menjawab soalan
-Kajian yang berstruktur



PENGANALISISAN DATA

Penganalisisan data adalah untuk mentafsir data yang diperoleh semasa pengumpulan data di lapangan.
Mendapat data yang sahih dan boleh dipercayai.
Data yang diperolehi untuk dianalisis mestilah melihat pada trend, kadar, patten dan tema yang hendak dilakukan dalam kajian tindakan.
Penganalisisan data boleh dilakukan secara:
Manual
Komputer

Terdapat empat aktiviti yang diperlukan untuk analisis iaitu:
Menamakan (naming)
Kumpulan (grouping)
Hubungan dapatan (finding relationships)
Mempamerkan (displaying)

Dapatan kajian perlu dilihat kepada strategi kekerapan untuk mendapatkan keputusan, misalnya:
Pengiraan
Penggunaan dapatan fakta
Pemecahan dan pengabungan


Data yang diperoleh perlu bermakna daripada analisis, iaitu:
Maklumat berkelompok
Pengiraan kekerapan kejadian
Melihat perihal yang munasabah iaitu maklumat yang digunakan untuk kesimpulan kajian.

Data yang telah dianalisis boleh dipamerkan dengan mudah melalui:

Jadual
Graf bar
Carta pai
Peta minda
Graf hubung kait (correlation)


PENULISAN LAPORAN

Penulisan kajian tindakan perlu dibuat untuk mencambahkan idea, refleksi, cadangan dan masalah kajian.
Penulisan dapatan kajian tindakan mesti ditulis secara sistematik, mesra pembaca dan dapat menggambarkan konsep kajian tindakan dengan jelas.
Penulisan hendaklah ditulis dengan jelas, terus terang dan menggunakan bahasa yang sesuai.
Penulisan kajian tindakan perlu mengikuti format yang betul dan khusus (standard).
Perkara-perkara yang perlu dalam penulisan laporan kajian tindakan iaitu:


Tajuk
Penghargaan
Halaman kandungan
Abstrak / Rumusan / Sinopsis
Pendahuluan / Pengenalan
Kajian lepas
Metodologi /Kaedah Kajian
Dapatan kajian / Keputusan kajian
Analisis / Penaksiran / Perbincangan kajian
Kesimpulan
Cadangan
Bibiografi / Rujukan
Appendix / Lampiran

Bahagian penulisan kajian tindakan seperti berikut iaitu:

Tajuk

Pada muka surat pertama laporan hendaklah ditulis tajuk kajian, nama pengkaji dan nama sekolah.
Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan.

Penghargaan

Penghargaan hendaklah dinyatakan kepada pihak yang terlibat dalam melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.

Halaman Kandungan

Senaraikan isi kandungan dan muka surat bagi setiap sub/pecahan tajuk.


Abstrak

Ciri-ciri abstrak mesti tepat, ringkas, jelas, semasa dan mengandungi maklumat penting.
Abstrak ditulis dalam satu muka surat sahaja.

Penulisan Abstrak perlu ada:

-Objektif kajian
-Bilangan responden
-Kaedah kajian
-Dapatan kajian
-Cadangan

Pendahuluan

Perlu memberitahu tentang latar belakang kajian
Perlu ada objektif dan matlamat kajian
Perlu mengenal pasti masalah, isu dan refleksi kajian
Perlu ada rasional kajian

Kajian lepas

Perlu ada bahan bacaan daripada buku-buku untuk mendapatkan sumber maklumat untuk menyokong kajian tindakan.
Mendapat sumber rujukan daripada pengkaji-pengkaji lain.
Boleh mendapatkan bahan rujukan tentang konsep, definisi dan kajian-kajian yang telah dilakukan sebagai sumber maklumat.

Metodologi / kaedah kajian

Menggunakan instrumen kajian seperti soal selidik, pemerhatian, temu bual dan gambar.
Sampel kajian – penyertaan responden dalam kajian tindakan.
Lokasi kajian – tempat menjalankan kajian.
Etika kajian – untuk mendapat kebenaran dan kerahsiaan maklumat responden

Dapatan kajian / keputusan kajian

Menganalisis data untuk mendapatkan maklumat.
Keputusan data boleh dipamerkan dengan menggunakan jadual, graf dan carta.
Rajah dan jadual perlu dilebelkan dengan jelas, tepat dan betul.
Analisa data dibuat dengan menggunakan komputer.

Analisis / penafsiran / perbincangan kajian

Mengenal pasti isu yang hendak dibincangkan melalui analisis data yang diperolehi.
Menyelesaikan masalah dalam perbincangan kajian tindakan.
Membuat refleksi tentang masalah yang dikaji dalam kajian tindakan.


Kesimpulan
Membuat kesimpulan keseluruhan kajian yang telah dijalankan dalam kajian tindakan.

Cadangan
Beri cadangan aspek lain yang hendak dikaji atau aspek yang sama menggunakan tindakan/aktiviti lain.

Bibliografi / senarai rujukan
Sumber rujukan yang diperolehi daripada buku, jurnal, dokumentasi dan majalah.
Ini memudahkan pengkaji mendapat maklumat tentang bahan yang dirujuk kerana terdapat nama pengarang, tahun terbitan, nama buku /jurnal, penerbit dan muka surat.

Appendik / lampiran
Lampiran terdapat di muka surat terakhir yang meletakkan maklumat tambahan seperti rajah, jadual, gambar dan maklumat yang tidak dimasukkan di dalam bab.
Menjadi rujukan kepada pembaca tentang maklumat tambahan.



FAEDAH DARIPADA KAJIAN TINDAKAN


-Selepas siap hasil laporan kajian tindakan yang dibuat perlulah dikongsi bersama orang lain untuk membuat penambahbaikan.
-Kajian tindakan yang dihasikan perlu disampaikan kepada orang lain melalui:
1) Peperiksaan lisan (viva) – menyatakan fokus kajian, hasil dapatan kajian dan cadangan kajian dalam masa yang ditetapkan.
2) Pembentangan – perlu disediakan dalam bentuk powerpoint untuk memudahkan penyampaian tajuk yang dibentangkan.
3) Pengaruh berterusan perubahan dan pembangunan – laporan yang ditunjukan mesti berjaya dan memberi sesuatu yang positif.
4) Pembangunan profesional untuk staf sokongan
5) Bekerja sebagai ahli pasukan – mengambil risiko dan berkongsi matlamat.
6) Bekerja dengan profesional yang lain – secara berhubungan dan mendapatkan maklumat maklum balas.



Kajian tindakan yang dijalankan hendaklah:
Kreatif
Mengikut konteks
Realistik
Menerangkan
Kepayahan

Kajian tindakan menghasilkan perbezaan dan sah dijalankan untuk mendapatkan maklumat.


RUJUKAN

Taylor,C., Wilkie, M. & Baser,J. (2006).Doing Action Research: A Guide for School Support Staff. London: Paul Chapman Publishing.


PENILAIAN ULASAN BUKU

Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan dan sumber rujukan kepada semua guru serta staf sokongan sekolah yang hendak menjalankan kajian tindakan.
Terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh daripada buku ini kerana menerangkan cara dan teknik untuk menjalankan kajian tindakan dengan jelas dan tepat.
Penulis buku ini ada memberi contoh yang jelas tentang kajian yang telah dijalankan untuk menjadi panduan kepada guru dan staf sokongan yang hendak menjalankan kajian tindakan.
Penerangan metodologi yang lengkap memudahkan guru dan staf sokongan mendapat idea atau maklumat tentang keadah yang hendak digunakan dalam kajian tindakan.
Teknik penganalisisan data yang ditunjukkan dalam buku ini mudah untuk difahami kerana mempamerkan data dengan menggunakan jadual, graf dan carta.
Format dan gaya penulisan yang standard boleh menjadi panduan kepada guru yang hendak menjalankan kajian tindakan.
Pembaca mesti berpuas hati membaca buku ini kerana mendapat input yang berfaedah untuk menjalankan kajian tindakan dan amat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja.
Guru dan staf sokongan menjadi lebih yakin untuk menjalankan kajian tindakan yang lebih berkualiti.
Kajian Tindakan boleh meningkatkan pembudayaan penyelidikan dalam kalangan guru dan memberi peluang ke arah peningkatan profesional.
Oleh itu, kajian tindakan yang dijalankan dapat membantu guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisen secara berterusan serta meningkatkan profesion perguruan.

Tiada ulasan: