Sabtu, 23 Mei 2009

PERBEZAAN TIGA ARTIKEL KAJIAN TINDAKAN

PERBANDINGAN ARTIKEL

ARTIKEL

Atikel yang digunakan untuk dibuat perbandingan iaitu:

1. Kajian Tindakan
(Action Research)
Oleh Eileen Ferrence

2. Bagaimana Untuk Menjalankan Kajian Tindakan Di Dalam Bilik Darjah Sendiri
(How To Do Action Research In Your Classroom)
Oleh Frances Rust dan Christopher Clark

3. Mengajar Kajian Tindakan Atas Sesawang (Web)
(Teaching Action Research on the Web)
Oleh Ian Hughes

SAMPEL

Sampel kajian tindakan yang digunakan dalam artikel yang ketiga-tiga artikel yang dikaji seperti berikut:

1. Dalam artikel Kajian Tindakan menggunakan sample yang terdiri daripada pelajar pra-sekolah hingga tahap empat yang terletak di tengah bandar yang mempunyai seramai 530 orang pelajar.

2. Dalam artikal kedua, sampel yang digunakan dalam kajian tindakan adalah pelajar sekolah.

3. Dalam kajian ketiga, sampel kajian yang digunakan adalah pelajar dan staf universiti yang dijalankan pada setiap tahun iaitu 1994 hingga 2000. Kajian yang dijalankan sebelum tahun akademik bermula dalam bulan Februari di Australia. Kajian Tindakan ini adalah kajian jangka panjang yang dijalankan.

LOKASI (SETTING)

1. Kajian tindakan yang dijalankan dalam artikel satu adalah di dalam bilik darjah di sekolah untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.

2. Artikel kedua menerangkan lokasi yang digunakan untuk menjalankan dalam kajian tindakan adalah di dalam bilik darjah.

3. Artikel yang ketiga, lokasi yang dijalankan adalah di universiti dengan menggunakan web internet komputer.

PROSEDUR


1. Artikel 1 menggunakan prosedur seperti berikut iaitu:

Mengenal pasti masalah yang berlaku
Mengumpulkan dan mengorganisasikan data
Pentafsiran data
Tindakan berasaskan data
Refleksi

2. Artikel ke-2
menggunakan prosedur seperti berikut:

Membuat persetujuan – dipanggil inkuiri
Reka bentuk kajian – soalan dan jawapan
Memahami pengalaman – data dan analisis
Permulaan semula – baru dan soalan lebih baik
Memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman

3. Artikel ke-3 menggunakan prosedur iaitu:

Kertas cadangan untuk projek pengajaran
Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran
Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian.
Reka bentuk untuk terbitan elektronik
Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan


PENGUMPULAN DATA


Dalam artikel satu menggunakan teknik pengumpulan data seperti temu duga, dairi, portfolio, nota lapangan, gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, survei dan sampel dari projek pelajar.

Artikel kedua menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik , pemerhatian, survei, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot.

Pengumpulan data yang digunakan dalam artikel ketiga adalah dengan menggunakan pemerhatian, menggunakan web internet komputer, soalan dan kajian perpustakaan.

ANALISIS DATA


Analisis yang digunakan dalam artikel pertama ialah menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan. Data yang dapat dijumlahkan dan boleh dianalisis tanpa menggunakan statistik atau bantuan teknikal. Data seperti pendapat atau senarai semak boleh digunakan dalam jadual.

Dalam artikel kedua, analisis data dipamerkan dengan menggunakan carta, graf dan jadual untuk memberi gambaran tentang data yang dikumpulkan bagi memudahkan untuk mendapatkan maklumat.

Analisis dalam artikal ketiga adalah dengan menggunakan peratusan dan mempamerkan dalam bentuk jadual untuk melihat keputusan yang diperoleh sepanjang menjalankan kajian tindakan.


PENILAIAN PERBEZAAN ARTIKEL


Artikel yang dikaji amat sesuai untuk dibaca kerana banyak memberi input bermanfaat dan berguna yang berkaitan dengan kajian tindakan kepada pembaca dengan menggunakan berbagai pendekatan bagi menjalankan kajian tindakan.
Ketiga-tiga artikel ini menggunakan prosedur yang berbeza untuk menjalankan kajian tindakan dan memberi idea serta pengetahuan kepada pembaca dan amat sesuai digunakan dalam kajian tindakan.
Teknik pengumpulan dan analisis data terdapat ketiga-tiga artikel dapat memberi idea kepada pembaca yang hendak menjalankan kajian tindakan yang lebih baik dan berkesan.
Penulis ketiga-tiga artikel ini memberi pendapat dan contoh yang boleh menjadi panduan kepada pembaca untuk menjalankan kajian tindakan dengan lebih berkesan.
Pengkaji kajian tindakan disarankan agar lebih banyak membaca artikel agar dapat menambahkan lagi pengetahuan untuk menjalankan kajian tindakan pada masa hadapan. Satu guru satu kajian tindakan.

Tiada ulasan: