Rabu, 13 Mei 2009

NOTA KULIAH DR. SITI FATIMAH ( MINGGU 4)

PEMBELAJARAN KULIAH MINGGU 4
  1. Kajian Kepustakaan.
  2. Membanding Beza.
  3. Analisis.
  4. Menilai.
  5. Membuat Kesimpulan.
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Kajian Kepustakaan

1. Pengertian Kajian Pustaka.

- Kajian pustakaan adalah satu proses umum yang dilakukan didalam satu penyelidikan demi mencari penemuan satu teori.

2. Mengenal Kepustakaan.

- Menurut Consuelo G. Sevilla, dkk ( 1993 :31 )

  • Menyediakan kerangka konsepsi atau kerangka teori untuk penelitian yang direncanakan.
  • Menyediakan informasi tentang penelitian yang sudah dilakukan yang berkait dengan penelitian yang akan dilakukan.
  • Membangkitkan kepercayaan diri.
  • Memberikan informasi tentang metode penelitian, populasi dan contoh instrumen pengumpulan data dan analisa statistik yang digunakan oleh penelitian sebelumnya.
  • Menyediakan kajian dan kesimpulan penyelidikan tersebut, sebelum dikaitkan dengan penemuan dan kesimpulan peneliti.
- Menurut Donald Ary, dkk ( 1982 : 96 )
  • Pengetahuan tentang penelitian terdahulu yang relaven, memungkinkan peneliti dalam menetapkan batas-batas hasil penyelidikanya.
  • Pemahaman teori dalam suatu bidang membolehkan hasil penyelidikan menentukan permasalahan dalam perspektif yang tepat.
Tujuan Kajian Pustaka

- Tujuan utama : untuk membantu penelitian mengembangkan pengertian serta wawasan yang mendalam tentang hal-hal yang telah dilakukan serta kecenderungan yang terhasil.

- Tujuan khusus ( Ardhana, 1987 :82 )
  • Membantu menyelesaikan masalah penyelidikan.
  • Mencari pendekatan terkini.
  • Menghindari pendekatan yang lama ( STERIL).
  • Mempunyai wawasan terhadap metode.
  • Rekomendasi untuk penelitian selanjutnya.
  • Pengambilan contoh yang terkini.
1) SUMBER KEPUSTAKAAN

- Kepustakaan konseptual
  • Artikel-artikel
  • Buku-buku
- Penelitian Perpustakaan
  • Laporan penyelidikan yang telah diterbitkan.
2) STRATEGI KAJIAN PERPUSTAKAAN

- Langkah-langkah pelaksanaan kajian perpustakaan ( Ardhana, 1987 :84 )
  • Membuat daftar kata kunci.
  • Melakukan pemeriksaan terhadap sumber yang lepas.
  • Membuat catatan.
- Judul buku, majalah atau pelbagai sumber yang lengkap dengan nama pengarang/penulis, penerbit dan tahun dikeluarkan.
- Topik atau masalah yang dikaji atau dibahas.
- Subjek dan lokasi serta hasil pembukuan penyelidikan dilakukan.
- Hasil karya serta perkara yang dibahaskan.
- Implikasi.
- Komentar.

Sumber Rujukan : http://www.scribd.com/doc/6611023/04-Kajian-Pustaka

MEMBANDING BEZA

Perincian Isi Kandungan


1 Definisi

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

2. Tujuan

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

3. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:

Berfikir secara kritis,

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
  • Kecekapan menggunakan minda untuk,
  • menjana dan menghasilkan idea,
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
  • membanding dan membeza:
  • membuat kategori,
  • meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
  • menerangkan sebab.
  • membuat sekuen / urutan.
  • menentukan sumber yang dipercayai,
  • membuat ramalan,
  • mengusul periksa andaian,
  • membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
  • mencipta analogi
  • menjana dan menghasilkan idea baru
  • mencipta metafora,
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.


4. Alat berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu:
  • Soalan dan Penyoalan
  • Peta minda
  • Pengurusan Grafik
  • CoRT
  • Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.
Sumber Rujukan : http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id1.html

ANALISIS

Analisis dilakukan dengan mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian-bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Proses ini merupakan satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

Menilai di sini bermaksud membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Proses ini memerlukan pengkaji untuk meneliti setiap ciri-ciri kajian tindakan ketika tinjauan yang dilakukan.

MEMBUAT RUMUSAN / KESIMPULAN

Seterusnya mengkaji menyimpulkan dengan membuat pernyataan tentang sesuatu hasil kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.

1 ulasan:

srsfeqah berkata...

SELAMAT HARI GURU
Selamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-seminar