Sabtu, 9 Mei 2009

NOTA KULIAH DR. IDZHAM ( MINGGU 3)

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Bidang Pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change:
ACase Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri
pendidikan berbanding dengan kestabilan.

1) Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.

2) Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1) PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu
dalam organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan
komitmen & produktiviti staf.

2) PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
dan sistem ganjaran.

3) PERUBAHAN REAKTIF

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan &
pihak berkepentingan (stakeholders) .
- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.

4) PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu
diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan
kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:

Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

Tiada ulasan: